Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-69 Tahun 2021 dan Perasmian Bangunan Baharu Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- : 3455
Rabu, 24 Mac 2021 - YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin telah hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-69 Tahun 2021 dan Perasmian Bangunan Baharu Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat APM, Sungai Merab, Kajang, Selangor. Turut hadir ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof serta YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid.