logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam Tahun 2023 Dan Jamuan Makan Bersama YAB PM Sebagai Menghargai Penglibatan Pasukan Penyelamat Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Malaysia Ke Turkiye

 

KUALA LUMPUR, 7 MAC 2023 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam Tahun 2023 dan Jamuan Makan Bersama Pasukan Penyelamat sebagai penghargaan atas penglibatan pasukan tersebut dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke Turkiye.
Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia adalah bersempena Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-71 yang diraikan saban tahun pada setiap 24 Mac. Istimewanya majlis kali ini adalah Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Pasukan Penyelamat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke Turkiye bagi menghargai usaha pasukan penyelamat MAS-01 dan MAS-10 yang telah membantu dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi gempa bumi di Gaziantep, Turkiye baru-baru ini.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya telah menyatakan penghargaan dan kebanggaan beliau terhadap seluruh pasukan penyelamat Malaysia yang terlibat sehingga mendapat pengiktirafan daripada kepimpinan tertinggi Kerajaan Turkiye.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas); YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); Yang Amat Setia Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; dif-dif kenamaan lain serta barisan pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia ke Turkiye.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1018
  • Total visitors: 605
  • Average time: 00:14:19
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.522
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100882