Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur
- : 505
KUALA LUMPUR, 8 Mac 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur.
“Agenda memperkasa wanita merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Dalam hal ini, saya memuji peranan serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam membantu membangun, memperkasa, mengiktiraf kebolehan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara,” antara intipati ucapan beliau di majlis tersebut.
KASIH Wanita dipilih sebagai tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 menggunakan akronim K.A.S.I.H iaitu kasih sayang, akhlak mulia, sihat, ilmu dan harmoni untuk meraikan wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang, mengekalkan akhlak mulia, memastikan diri dan keluarga sihat, sentiasa mempertingkatkan ilmu dan memelihara keharmonian sekeliling.
Pada majlis tersebut juga berlangsung penyampaian anugerah KASIH Wanita kategori Bakti, Cekal, Harmoni, Komuniti dan Bangkit) kepada lima wanita yang dipilih atas sumbangan dan usaha yang mereka lakukan bagi membantu memperkasakan wanita.
Turut hadir di majlis itu ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM); serta dif-dif jemputan yang lain.






