logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Pelancaran Pelan Tranformasi CGSO 2030, Pelan Strategik CGSO 2023-2025 dan Pakaian Seragam Baharu CGSO

PUTRAJAYA, 9 Mac 2023 – “Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) untuk memastikan setiap penjawat awam bertanggungjawab dalam melindungi keselamatan sama ada harta benda, maklumat atau data, serta premis Kerajaan sentiasa diurus dengan sistematik, teratur dan berkesan.” Ini merupakan antara intipati ucapan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Tranformasi CGSO 2030, Pelan Strategik CGSO 2023-2025 dan Pakaian Seragam Baharu CGSO pada tengah hari ini.
 
Dalam ucapan tersebut juga, beliau berharap agar Pelan Transformasi CGSO 2030 dapat memastikan CGSO bergerak seiring dengan kecanggihan dunia teknologi maklumat yang begitu anjal dan fleksibel dalam memastikan keterjaminan keselamatan dokumen.
 
Majlis yang diadakan di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya itu turut dihadiri YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBrs. Tuan Rahimi Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan; serta dif-dif jemputan yang lain.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 353
  • Total visitors: 211
  • Average time: 00:12:34
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.148
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100173