Majlis Perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023
- : 534
KUALA LUMPUR, 9 Mac 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Turut hadir di majlis ini ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Datuk Seri Hjh Rosida Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; serta dif-dif jemputan yang lain.
Orang ramai dijemput memeriahkan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung sehinga 12 Mac 2023 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pameran landskap dan bunga, persembahan kebudayaan, penampilan khas Upin Ipin, pertandingan Fesyen Alunan Alam, aktiviti mencanting batik serta pertandingan mewarna kanak-kanak.





