logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke Johor

ย 

PUTRAJAYA, 21 Mac 2023 - YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini melancarkan Majlis Pelepasan (๐น๐‘™๐‘Ž๐‘” ๐‘‚๐‘“๐‘“) Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam Pasca Banjir ke negeri Johor di Dataran Bulatan Putra Perdana, Putrajaya.
Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) membariskan seramai 1,520 penjawat awam daripada seluruh negara mewakili semua Kementerian/ Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan tumpuan bantuan sukarelawan pasca banjir yang dikhususkan ke kawasan-kawasan yang terjejas di sekitar daerah Batu Pahat.
Manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berperanan dalam mengatur usaha mobilisasi pegawai Perkhidmatan Awam serta menyelaras pembahagian kawasan terjejas banjir kepada pihak Kementerian bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan.
Usaha pada kali ini adalah lebih tertumpu dan bersasar kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, fasiliti pendidikan, bangunan-bangunan Kerajaan serta tempat-tempat awam.
Antara bentuk bantuan yang telah dikenal pasti adalah tenaga kerja pembersihan, sumbangan bakul makanan, alatan pembersihan dan kelengkapan asas persekolahan, penyelenggaraan kenderaan kecil, baik pulih peralatan elektrik kecil termasuk kerja-kerja pendawaian berskala kecil serta khidmat sokongan psikologi dan kaunseling.
Sebanyak 153 buah kenderaan yang terdiri daripada 26 buah bas/ coaster, 16 buah van, lapan buah lori, 64 buah kenderaan pacuan empat roda dan 39 buah kereta digerakkan dalam operasi bantuan kali ini.
Kerajaan melalui Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Perdana Menteri pada 17 Mac 2023 telah memutuskan supaya PSPA ini digerakkan semula bagi pengurusan pasca banjir di kawasan- kawasan yang terjejas.
Selaras dengan keputusan tersebut, pihak Kementerian akan menentukan pegawai di Agensi masing-masing untuk membantu melaksanakan tugas-tugas pasca banjir di kawasan yang terjejas teruk bagi tempoh masa tertentu yang bertujuan meringankan kepayahan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 967
  • Total visitors: 580
  • Average time: 00:14:18
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.497
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2ยฐ56'10.4"N 101ยฐ41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta ยฉ 2021, Jabatan Perdana Menteri
Dasar Privasiย | Dasar Keselamatan | Dasar Web |ย Penafianย |ย Arkibย |ย Bantuanย | Bancian
100878