logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Misi Pasca Banjir Oleh Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dengan Kerjasama Kelab Bukit Perdana JPM Diteruskan Lagi Di Batu Pahat, Johor.

 

BATU PAHAT, 22 Mac 2023 – Misi Pasca Banjir oleh sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kelab Bukit Perdana JPM diteruskan lagi pada hari ini di Batu Pahat, Johor.
Delegasi yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM; serta YAS Dato' Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat bersama 80 orang sukarelawan JPM ini telah memulakan perjalanan program pada hari ini di empat buah kampung terjejas akibat banjir di sekitar Batu Pahat bagi menghulurkan tenaga dan bantuan kepada mangsa yang terkesan teruk dilanda banjir tempoh hari.
Kumpulan ini turut menyampaikan Bakul Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kepada penduduk sekitar di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Selain itu, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri bersama delegasi JPM turut menyampaikan Sumbangan Rahmah JPM di Klinik Desa Sri Menanti kepada 360 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melibatkan empat buah kampung di sekitar Sri Medan, Batu Pahat.
Hasil sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut disampaikan kepada lima buah sekolah di Mukim Simpang Kiri yang terjejas akibat musibah banjir
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri turut berkesempatan menyantuni Sukarelawan Penjawat Awam yang terdiri daripada Bomba dan Penyelamat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan SWCorp di Balai Raya Kampung Parit Yusof yang juga merupakan lokasi terakhir misi pasca banjir pada hari ini.
Turut hadir sama dalam pasca banjir ini ialah Ketua-ketua Setiausaha Kementerian; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian; Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi Kementerian; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor; dan wakil pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 23
  • Total visitors: 13
  • Average time: 00:02:13
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.540
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100884