Program Ihya' Ramadan Masjid Putra Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- : 545
PUTRAJAYA, 28 Mac 2023 – “Penganjuran majlis-majlis ilmu seperti ini merupakan sebahagian usaha memberi makna kepada penghayatan bulan Ramadan yang sarat dengan mesej universal. Menerusi majlis ini, usaha menghadam dan menelaah petunjuk Al Quran boleh meningkatkan kefahaman hingga dapat membantu kita membedakan antara yang hak dan batil.”
Ini antara petikan ucapan aluan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa Program Ihya' Ramadan Masjid Putra (Tazkirah Kuliah Zohor) pada tengah hari ini. Beliau juga mengusulkan agar seluruh jabatan kerajaan mengimarahkan bulan Ramadan dengan menganjurkan majlis-majlis ilmu.
YAB Perdana Menteri turut menyertai lebih 1,000 jemaah di Masjid Putra, Putrajaya menunaikan solat zuhur dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr. Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.
Program Ihya’ Ramadan yang diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya ini turut dihadiri YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.




