logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Iftar Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Malaysia 2023

 

PUTRAJAYA, 6 April 2023 – Seramai 25 orang anak-anak Rumah Bakti Al Kausar diraikan di Majlis Iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Malaysia 2023.
Majlis yang berlangsung di Dewan MAKSAK Putra, Presint 14, Putrajaya ini dihoskan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia.
Majlis tahunan anjuran MAKSAK Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini adalah bagi mengeratkan ukhuwah sesama Badan Gabungan di samping menyemarakkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah dan amal ibadah kepada yang Maha Esa.
Dalam majlis yang sama, MAKSAK turut memberi sumbangan duit raya dan baju raya kepada anak-anak Rumah Bakti Al Kausar bagi menyuntik rasa keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak ini. Selain itu, pihak Aeon Shah Alam dan Bank Rakyat turut sama menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini.
YBhg. Tan Sri Dato' Seri KSN dalam ucapan beliau mengambil semangat islah yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan menyeru agar semua ahli MAKSAK meningkatkan mutu dan kualiti dalam penganjuran kejohanan dan program yang dilaksanakan agar pencapaian MAKSAK menjadi lebih cemerlang.
Beliau juga berkata, Kejohanan MAKSAK merupakan platform bagi penjawat awam bersaing secara kompetitif dalam Kejohanan sukan dan kebudayaan. Ini secara tidak langsung akan mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan produktiviti penjawat awam bagi memajukan negara selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Malaysia dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Selain itu, para pengamal media turut hadir memeriahkan majlis.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1026
  • Total visitors: 610
  • Average time: 00:14:17
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.527
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100882