logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri Bersama Pengamal Media Dan Penggiat Seni

 

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa serta menyantuni pengamal media dan penggiat seni tempatan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni.
Majlis yang yang berlangsung pada 11 April 2023 ini telah dihadiri kira-kira 1,100 orang pengamal media dan penggiat seni. Majlis diadakan bertujuan mengeratkan ukhuwah dan mengekalkan hubungan baik yang terjalin antara YAB Perdana Menteri dengan pengamal media dan penggiat seni tempatan.
Dalam majlis yang sama, seramai 30 orang anak-anak yatim dan asnaf Rumah Qaseh Ibu turut diraikan. YAB Perdana Menteri juga memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf Rumah Qaseh Ibu bagi menyuntik rasa keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak ini di samping menyemarakkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah dan amal ibadah kepada yang Maha Esa.
Turut hadir, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD); dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 373
  • Total visitors: 224
  • Average time: 00:13:29
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.161
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100176