Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023
- : 1373
PUTRAJAYA, 1 Mei 2023 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 pada pagi ini menyeru agar semua pihak menjalin usahasama yang erat dalam mempersiapkan sumber manusia negara bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menghadapi cabaran masa hadapan.
"Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI”, merupakan tema Hari Pekerja 2023 yang mencerminkan aspirasi yang mendukung prinsip kesejahteraan, keadilan, saling menghormati, ihsan serta jalinan kerjasama semua rakyat untuk berganding bahu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang bertamadun.
Majlis yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini adalah bagi menyambut dan menghargai jasa para pekerja di sektor awam mahupun swasta. Oleh itu, penyampaian Anugerah Hari Pekerja 2023 turut disampaikan kepada pekerja yang cemerlang dan komited dalam melaksanakan tugas mereka.
Majlis anjuran Kementerian Sumber Manusia ini turut di hadiri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; barisan Jemaah Menteri; YBhg. Dato' Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).





