Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Mei Tahun 2023
- : 496

PUTRAJAYA, 15 Mei 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa perjumpaan beliau bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada pagi ini di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya telah mengumumkan bahawa kerajaan kini sedang mempersiapkan kajian semula separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).
Selain itu, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan dalam menangani masalah air di negeri Kelantan dan Sabah meskipun melibatkan kos yang tinggi.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Mei Tahun 2023 pada pagi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM dan wakil-wakil penjawat awam daripada setiap jabatan/agensi di bawah JPM.





