Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri Beri Peluang Rakyat Mendekati Pemimpin Negara
- : 368
KOTA BHARU - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Bandar Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei 2023, malam semalam.
Majlis yang berlangsung seawal jam 7.00 petang hingga 10.30 malam ini bertujuan menyantuni serta mengeratkan ukhuwah di antara YAB Perdana Menteri dengan rakyat khususnya warga negeri Kelantan.
Orang ramai mula membanjiri majlis tersebut seawal jam 5.30 petang serta dianggarkan kehadiran melebihi sasaran 15,000 orang pengunjung.
Majlis disajikan dengan pelbagai jenis juadah hidangan hari raya termasuk juadah tempatan serta diceriakan dengan lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato' Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan; YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim selaku Kementerian Peneraju; serta Menteri-menteri kabinet.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato' Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta pegawai kanan Kerajaan yang lain.






