logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri di Terengganu

 
KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2023 - Kemeriahan Aidilfitri diteruskan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu.
 
Majlis yang bermula seawal jam 7.00 petang hingga 10.30 malam ini bertujuan menyantuni serta mengeratkan ukhuwah di antara YAB Perdana Menteri dengan rakyat khususnya warga negeri Terengganu.
 
Orang ramai mula membanjiri majlis tersebut seawal jam 4.45 petang serta dianggarkan kehadiran melebihi 25,000 orang pengunjung melepasi sasaran 15,000 orang.
YAB Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada kerajaan negeri Terengganu bagi membantu mangsa yang terkesan akibat banjir pada Disember lepas.
 
Orang ramai kelihatan amat teruja dengan kehadiran pemimpin utama negara serta turut merebut peluang untuk bersalaman, bertegur sapa dan berswafoto.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri ; YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu serta Menteri-menteri kabinet.
 
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta pegawai kanan Kerajaan yang lain.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 359
  • Total visitors: 229
  • Average time: 00:16:17
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.202
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106591