Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Menziarahi Keluarga Kakitangan JPM Yang Telah Meninggal Dunia
- : 337
SEMENYIH, 16 Mei 2023 – YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada petang ini telah menziarahi keluarga Almarhum Encik Muhd Shafiq bin Norfaizal yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada malam tadi, 15 Mei 2023.
Almarhum Encik Muhd Shafiq merupakan salah seorang kakitangan JPM yang bertugas di Unit Pematuhan dan Pemantauan Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan.
Dalam ziarah tersebut, YBhg. Datuk Seri telah menyampaikan sumbangan wang tunai dari Kelab Bukit Perdana; Badan Kebajikan dan Sukan JPM; Musolla JPM; serta sumbangan warga JPM. Selain itu, beliau turut menzahirkan kata-kata semangat kepada ahli keluarga Almarhum agar mereka terus cekal dan tabah menghadapi dugaan ini.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPM.



