logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

 
PUTRAJAYA, 17 Mei 2022– YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023 yang telah diadakan pada tengah hari ini di Dewan De’ Seri Endon, Puspanita, Putrajaya.
 
YAB Perdana Menteri mengambil kesempatan beramah mesra dengan warga JPM yang hadir serta mengadakan lawatan ke gerai-gerai yang menyajikan beraneka juadah Hari Raya Aidilfitri untuk para tetamu. Majlis turut diceriakan dengan persembahan oleh Badan Kesenian Tentera Darat.
 
Majlis yang bermula seawal 12.00 tengah hari ini juga dihadiri oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri; barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet; Menteri dan Timbalan Menteri di JPM; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); serta YBhg. Dato' Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
 
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM; Ketua-Ketua Setiausaha (KSU); Ketua-Ketua Jabatan; warga Pentadbiran Am JPM serta agensi dan jabatan di bawah JPM.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-09
  • Total visited pages: 637
  • Total visitors: 412
  • Average time: 00:09:32
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    973.615
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
107393