Program Jualan Agro Madani di Jabatan Perdana Menteri
- : 844
PUTRAJAYA, 26 Mei 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Program Jualan Agro Madani pada hari ini di Pekarangan Auditorium, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Program jualan ini adalah satu inisiatif untuk meningkatkan akses dan ketersediaan bekalan produk makanan asas terpilih kepada pengguna pada harga berpatutan.
Jualan yang bermula seawal 11.00 pagi ini dimeriahkan dengan kehadiran warga Pentadbiran Am JPM yang hadir dan membeli barangan makanan asas yang dijual.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA; dan Encik Abd Rahman bin Mahmood, Pengarah Kanan FAMA.






