logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir ke Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya pada 26 Mei 2023, malam semalam.
 
YAB Perdana Menteri dalam ucapan mukadimahnya menyatakan tujuan program ini adalah bagi memberi peluang kepada umat Islam yang hadir untuk bersama-sama mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.
 
Majlis yang berlangsung seawal jam 6.00 petang ini turut menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari, Mantan Mufti Agung Mesir dan Al Alamah Habib Umar Muhammad Salim Ben Hafidz, Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman.
 
Prof. Dr. Ali Juma'ah telah menyampaikan tausiah bertajuk "Nilai Ta'aruf Dalam Masyarakat Madani" dan Habib Umar Hafidz pula menyentuh tema "Ilmu dan Akhlak Dalam Pembinaan Masyarakat Madani".
 
Orang ramai mula membanjiri majlis ilmu tersebut seawal jam 5.00 petang serta dianggarkan kehadiran melebihi 18,000 umat islam.
 
Turut hadir ialah YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta pegawai kanan Kerajaan yang lain.
 
Semoga nilai ilmu yang disemai dalam majlis ini bukan sahaja mengangkat harakat umat Islam malah memberi manfaat kepada masyarakat bukan Islam.
 
 
 
 
 
 
 

 


  • Stats on: 2023-12-09
  • Total visited pages: 578
  • Total visitors: 373
  • Average time: 00:09:39
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    973.576
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
107387