Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2023
- : 358
BUKIT KIARA – Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang berlangsung di Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara pada 28 Mei 2023, semalam.
Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Perkhidmatan Awam, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan.
Aspek-aspek ini merangkumi KPI Madani Kerajaan Perpaduan, Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Integriti dan Tata Kelola Organisasi, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme serta Komunikasi Media.
Program turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato' Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.
Sumber: Institut Tadbiran Awam Negara