logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat "Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni"

SUNGAI PETANI - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat "Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni" pada 17 Jun 2023, semalam menyatakan telah bersetuju untuk memperkasakan Pejabat - pejabat Daerah bagi memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efisien.

Konvensyen yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Jun 2023, bertujuan menyediakan platform bagi menterjemah aspirasi MADANI dalam konteks pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Ia juga bagi membincangkan tata kelola dari sudut peraturan serta amalan terbaik dalam merealisasikan agenda sosio-pembangunan nasional. Majlis ini juga berhasrat untuk memperkukuhkan sinergi antara agensi pusat, negeri, daerah termasuk pihak berkuasa tempatan dalam menyelaras dan mengurus agenda pembangunan rakyat terutamanya menangani kemiskinan.

Hasil rumusan konvensyen yang telah berlangsung selama dua hari ini telah dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Seramai 700 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri serta Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), pegawai-pegawai kanan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan serta pegawai-pegawai daerah dari seluruh negeri telah hadir dan menyertai majlis konvensyen ini.

Penglibatan dan pemilihan peserta adalah berdasarkan peranan di peringkat masing-masing dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

 

 

 

 

 


  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 357
  • Total visitors: 228
  • Average time: 00:16:18
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.200
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106591