Penyampaian Surat Penghargaan Anugerah dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Bagi Tahun 2023
- : 316
PUTRAJAYA, 19 Jun 2023 – YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan Surat Penghargaan Anugerah dan Pingat Persekutuan pada pagi ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Antara penerima Surat Penghargaan Anugerah dan Pingat Persekutuan ialah Encik Mohamad Fauzi bin Saad, Bahagian Sumber Manusia, JPM; Encik Mohd Alwi bin Mohd Mustafa, Bahagian Sumber Manusia, JPM; Puan Siti Rozani bin Mustafa, Bahagian Akaun, JPM; Encik Ab Razak bin Ab Majid, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPM dan YM Tengku Zainal Abidin bin Tengku Yusoff, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPM.
Turut hadir di sesi ini ialah YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) serta Encik Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, JPM.