logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Pelancaran Buku, Modul dan Forum The G.R.E.A.T Civil Service: Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2023 – YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah melancarkan Buku, Modul dan Forum The G.R.E.A.T Civil Service: Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam pada pagi ini di Auditorium INTAN Bukit Kiara.

The G.R.E.A.T Civil Service merupakan wacana minda yang telah diutarakan oleh YBhg. Tan Sri KSN ketika Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam pada 9 Februari 2023 yang lalu. G.R.E.A.T merupakan akronim kepada 'Good Governance' (Tadbir Urus Terbaik), 'Responsible' (Bertanggungjawab), 'Empathy' (Ihsan), 'Accountable' (Kebertanggungjawaban) dan 'Tenacity of Purpose' (Fokus Pada Matlamat).

Perkhidmatan awam yang dibentengi oleh kekukuhan nilai peribadi dan kemampanan organisasi akan menggalakkan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam kerajaan serta membantu mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Nilai-nilai ini ditekankan dalam mendepani era yang penuh kompleks dengan cabaran. Maka, pengukuhan nilai peribadi dan organisasi menjadi satu kemestian demi menjayakan aspirasi dan mencapai agenda Malaysia MADANI.

Turut hadir di majlis ini ialah YBhg. Datuk Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 99
  • Total visitors: 62
  • Average time: 00:07:29
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.042
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106583