logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2023

 

PUTRAJAYA, 22 Jun 2023 – Telah berlangsung Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2023 pada pagi ini di Dewan Serbaguna, Aras 3, Setia Perdana 1, Putrajaya.
Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah menerima sijil pentauliahan AKRAB JPM bagi tahun 2023. Penyampaian sijil ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) (TKSUP), JPM.
Dalam majlis yang sama, pameran reruai yang menyediakan perkhidmatan pelbagai konsep seperti aktiviti berkaitan psikologi turut diadakan di luar dewan bagi memeriahkan majlis. Antara reruai agensi yang terlibat ialah reruai dari AKRAB JPM, CGSO, Majlis AKRAB Kebangsaan, serta Kospen Wow dan Temu Mesra Psikologi.
Turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah CGSO; YBhg. Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan YBrs. Puan Arleen binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah Sivil, JBG.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-09
  • Total visited pages: 597
  • Total visitors: 387
  • Average time: 00:09:37
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    973.590
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
107389