logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Sesi Temu Mesra YAB Perdana Menteri bersama Pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2023 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa Sesi Temu Mesra YAB Perdana Menteri bersama Pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyatakan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25% kepada pemilik kediaman rumah mampu milik di Kuala Lumpur bermula penggal kedua tahun 2023 iaitu Julai hingga Disember sehingga penilaian semula dilaksanakan.
 
Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut memperkenalkan lima projek pembangunan Kejiranan MADANI WPKL iaitu Residensi Prihatin MADANI, Residensi MADANI, Residensi Sejahtera MADANI, Rumah Majlis MADANI dan Rumah Ihsan MADANI.
 
Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan elemen ihsan yang memfokuskan aspek peduli iaitu akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.
 
Turut hadir semasa sesi temu mesra ini ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan YBhg. Datuk Sr. Kamaruzzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 142
  • Total visitors: 93
  • Average time: 00:08:12
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.075
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106586