Kunjungan Hormat Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- : 231
PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 - Kunjungan Hormat YA Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan ke atas YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada petang ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Putrajaya.
Perbincangan antara lain menyentuh pendekatan terbaik bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pendakwaan syariah di Wilayah Persekutuan demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya.

