Majlis Ibadah Korban Jabatan Perdana Menteri 1444H / 2023M
- : 247
PUTRAJAYA, 29 Jun 2023 - YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara hari ini telah berbesar hati menyertai Majlis Ibadah Korban Jabatan Perdana Menteri (JPM) 1444H / 2023M.
Majlis anjuran bersama Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS) JPM, Kelab Bukit Perdana (KBP) JPM serta Musolla JPM ini telah diadakan di Pekarangan Parkir Bertingkat, Gelanggang Sukan, Kompleks Setia Perdana.
Lebih 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga JPM telah menyertai majlis tersebut yang meliputi aktiviti melapah, memasak serta mengagih daging korban kepada warga JPM.
Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari, hasil gotong-royong semua yang hadir.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan); Setiausaha-setiausaha Bahagian JPM. Majlis turut diceriakan dengan kehadiran ahli keluarga para sukarelawan yang menyertai majlis.






