logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 Jabatan Perdana Menteri

Khamis, 1 April 2021 - YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd. Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini mewakili YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 kepada 189 orang warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terdiri daripada 23 Jabatan dan Agensi di bawah JPM yang telah memberi sumbangan yang cemerlang sepanjang tahun 2020.
 
Majlis ini merupakan penganugerahan tahunan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada warga JPM yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan komitmen kerja yang tinggi semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atas mereka.
 
Dalam ucapannya, beliau berharap pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pembakar semangat kepada para penerima dalam memartabatkan penyampaian Perkhidmatan Awam yang cemerlang dan seterusnya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga yang lain.
Dalam mempersiapkan negara untuk menjadi negara maju, kecekapan penyampaian Perkhidmatan Awam perlu terus diperkukuh agar ia berupaya menyokong pertumbuhan ekonomi seterusnya meningkatkan produktiviti untuk kemakmuran bersama.
 
Dalam pada itu integriti serta akauntabiliti penjawat awam perlu dimantapkan dan diperkukuh secara berterusan. Prinsip F.A.S.T.E.R iaitu flatter, agile, streamlined, techenabled, efficient and resilient perlu dijadikan panduan oleh setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugasan.
 
Selain itu, menyentuh berkenaan sokongan terhadap pengambilan Vaksin Covid-19, penjawat awam diingatkan supaya tidak terlibat dengan gerakan atau kumpulan penghasut antivaksin. Dalam hal ini sekiranya seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau menjejaskan keselamatan, mereka boleh diambil tindakan. Majlis yang berlangsung di Puspanitapuri, Putrajaya turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM.
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 985
  • Total visitors: 590
  • Average time: 00:14:27
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.507
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100880