Lawatan Tapak Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri ke Kolam Takungan Banjir Bohol, Kuala Lumpur
- : 238
KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 - YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM hadir ke Lawatan Tapak Kolam Takungan Banjir Bohol, Kuala Lumpur.
Lawatan ke Kolam Takungan Banjir Bohol ini bertujuan mendapatkan input dan pandangan agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyelesaikan isu banjir sekitar Kuala Lumpur.




