logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Sambutan Hari Peneroka Felda 2023

SERDANG, 7 Julai 2023 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada petang ini telah menyempurnakan Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan lapan program dan rancangan penambahbaikan untuk dimanfaatkan warga Felda dan generasi seterusnya.
Lapan pengumuman tersebut bakal meningkatkan kualiti hidup warga peneroka dari pelbagai aspek seperti kesihatan, transformasi digital, pembekalan air bersih, subsidi diesel dan perumahan generasi baharu.
 
Khabar gembira buat warga Felda juga berkait dengan perancangan kerajaan dalam membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi agar tidak terlalu bergantung kepada kelapa sawit.
 
Sambutan yang bertemakan 'Peneroka Sejahtera, Felda Madani’ ini turut dihadiri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor; YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA serta YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 125
  • Total visitors: 82
  • Average time: 00:07:04
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.062
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106585