Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 2 Tahun 2023
- : 162
PUTRAJAYA, 6 Julai 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 2 Tahun 2023 telah berlangsung pada petang ini di Kompleks Setia Perdana.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM ini diadakan bagi membincangkan penemuan-penemuan audit yang telah dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam, JPM di Jabatan/Agensi di bawah JPM.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Setiausaha-setiausaha Bahagian JPM, wakil Bahagian serta wakil Jabatan/Agensi yang terlibat.





