Sekitar Program Kebajikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK)
- : 2286
Jumaat, 2 April 2021 - Sekitar Program Kebajikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yang bertempat di Travelodge Hotel, Ipoh. Program ini dianjurkan sempena Kejohanan Lawn Bowls MAKSAK Malaysia 2021 dengan kerjasama MAKSAK Perak dan Green Kitchen Empire. Sumbangan yang disampaikan kepada wakil daripada beberapa sekolah adalah terdiri daripada pelitup muka dan pensanitasi tangan oleh MAKSAK Perak, peralatan sukan oleh MAKSAK Malaysia dan Air Bentamix oleh Ben Amir.