Program BOOST "Be Objective & Optimistic” bersama Che'gu Mahadi Mohd Ismaie'ly
- : 124
PUTRAJAYA, 13 Julai 2023 – Hari ini telah berlangsung Program BOOST "Be Objective & Optimistic” bersama Che'gu Mahadi Mohd Ismaie'ly di Dewan Serbaguna, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana.
Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan mempertingkat kemahiran bagi pembentukan personaliti serta kerjaya kepada 56 orang peserta yang merupakan warga Jabatan Perdana Menteri.
Selain itu, program ini juga mampu memberi nilai tambah kepada prestasi dan produktiviti kerja para peserta ke arah pembudayaan nilai kerja berprestasi tinggi dan pembentukan organisasi yang positif.