Bengkel Juru Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 Jabatan Perdana Menteri
- : 1787
Jumaat, 2 April 2021 - Bengkel Juru Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 Jabatan Perdana Menteri telah berlangsung pada 1 hingga 2 April 2021 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang juru audit kualiti dalaman JPM yang baru dilantik bagi tempoh Februari 2021 sehingga Disember 2023. Taklimat telah disampaikan oleh En. Ridzuan Bin Muhammad, konsultan MS ISO dari Inokreatif Q Sdn.Bhd. Antara pengisian bengkel adalah mempelajari teknik pelaporan audit dan pemahaman berkaitan MS ISO 9001:2015.