Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Kuarters Kosong Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Putrajaya
- : 56
PUTRAJAYA, 18 Julai 2023 – Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Kuarters Kosong Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Putrajaya yang berlangsung di Dewan Serbaguna MAKSAK, Presint 14, Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Majlis Cabutan Undi ini dilaksanakan untuk memilih kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan kuarters kosong di Putrajaya. Seramai 257 kontraktor yang rata-rata dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur telah melepasi tapisan dan dijemput bagi sesi cabutan undi ini untuk merebut 61 tawaran kerja yang disediakan.
Matlamat utama kerja pembaikan kuarters ini adalah supaya penjawat awam dapat menghuni segera kuarters kosong bagi menampung permohonan menduduki kuarters yang semakin tinggi bilangannya.






