Lawatan Turun Padang Ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan Yang Bertempat di Tingkat 8, Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.
- : 1961
Jumaat, 2 April 2021 - YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) telah mengadakan lawatan turun padang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan yang bertempat di Tingkat 8, Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir, Y.A.A. Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) serta delegasi dari Jabatan Perdana Menteri. Dalam lawatan yang sama, YBhg. Datuk Seri TKSUK turut berkesempatan untuk mengadakan tinjauan ke Majlis Keselamatan Negara W.P. Labuan.