Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) sesi 2023/2024
- : 359
PUTRAJAYA, 25 Julai 2023 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) sesi 2023/2024 pada malam ini di Hotel Everly, Putrajaya.
MPPWP yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 adalah bagi mewujudkan satu jaringan komuniti setempat yang mampu mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhwah sesama mereka. Penubuhan ini juga bagi merekayasa aktiviti masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang untuk bersedia mengharungi era digitalisasi dan globalisasi yang kian mencabar.
Selaras dengan konsep MADANI yang diterapkan oleh kerajaan pada hari ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menggerakkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi menjayakan agenda kesejahteraan Wilayah Persekutuan. Perkara ini merupakan antara usaha untuk menjadikan masyarakat setempat lebih maju dari segi pemikiran, kerohanian dan material.
Turut hadir di majlis ini ialah YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM.


