logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023

PUTRAJAYA, 31 Julai 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat mencemar duli dan menyempurnakan Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada pagi ini.

Istiadat anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkonsepkan perbarisan statik dengan penglibatan enam detasmen yang terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), pesara polis serta bekas polis, PDRM.

Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi dengan 21 das tembakan meriam yang disempurnakan anggota ATM, kemudian diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Seri Paduka Baginda.

Seterusnya, tiupan 'Paluan Akhir' dipersembahkan dengan penurunan Jalur Gemilang dan diikuti bacaan sajak bertajuk 'Pahlawanku' oleh wakil pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Persembahan pantomim khas yang mengisahkan pengorbanan pejuang negara ketika mempertahankan kedaulatan negara di perkampungan Air Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah yang berlaku pada 2 Mac 2013 juga dipentaskan oleh barisan pegawai PDRM. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenaan mencemar duli menyantuni ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan ini dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ketua-ketua Jabatan/Agensi kerajaan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 224
  • Total visitors: 147
  • Average time: 00:12:28
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.123
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106589