logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2023

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2023 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh YBrs. Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara. Khutbah khas dengan tajuk ‘Mengenang Jasa Pahlawan’ kemudiannya disampaikan oleh YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Daud, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

>Majlis turut disertai oleh beberapa menteri kabinet, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), ketua-ketua Jabatan/Agensi kerajaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang awam.

 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 258
  • Total visitors: 163
  • Average time: 00:13:44
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.137
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106589