Majlis Peluncuran “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat”
- : 238
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pagi ini telah menyempurnakan Majlis Peluncuran “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” di Dewan Persidangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menjelaskan bahawa Ekonomi MADANI menggaris tujuh pasak sebagai sasaran dan tumpuan utama untuk bergerak ke arah ekonomi yang mampan dan berdaya tahan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Majlis peluncuran ini turut dihadiri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; barisan jemaah Menteri; dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.






