logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Pertandingan Reka Cipta Arca Sempena Bulan Kebangsaan di Bilik Mesyuarat Intelektual, Setia Perdana 8, Putrajaya

 

PUTRAJAYA, 4 Ogos 2023 - Hari ini telah berlangsung sesi penilaian bagi Pertandingan Reka Cipta Arca Sempena Bulan Kebangsaan di Bilik Mesyuarat Intelektual, Setia Perdana 8.
Pertandingan ini dilaksanakan di bawah anjuran EKSA Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dua kategori dipertandingkan di dalam pertandingan ini iaitu berkumpulan dan individu. Kategori berkumpulan disertai oleh kumpulan dari Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Integriti, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) serta dua penyertaan dari Bahagian Audit Dalam.
Peserta bagi kategori individu adalah Puan Veeky Leonara anak Zanoria dari Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan Encik Rashid bin Hamzah dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Seksyen Pengurusan Rekod.
Objektif pertandingan ini adalah bagi memupuk semangat patriotik serta dapat mewujudkan hubungan kerjasama dalam kalangan warga JPM.
Panel penilai pertandingan terdiri dari kalangan Setiausaha-setiausaha Bahagian. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 162
  • Total visitors: 107
  • Average time: 00:08:13
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.086
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106587