Majlis Pelancaran Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2023 (HUB 2023)
- : 231
PULAU PINANG, 5 Ogos 2023 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2023 (HUB 2023) di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), HUB 2023 menghimpunkan sehingga hampir 1,000 usahawan di seluruh Pulau Pinang.
HUB 2023 dianjurkan bagi mendedahkan usahawan tempatan kepada peluang perniagaan serta manfaat secara terus dengan pengenalan produk serta perkhidmatan terkini. Selain itu, HUB 2023 juga merupakan salah satu inisiatif mendekatkan para usahawan dengan agensi kerajaan.
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria.





