Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang
- : 248
PULAU PINANG, 5 Ogos 2023 - Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang.
Lawatan ini adalah bagi membincangkan cadangan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf bangunan pejabat APM di sana.
Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, JPM; YBhg. Dato’ Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan), APM dan YBrs. Tuan YS. Kol (PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah APM Negeri Pulau Pinang.




