logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Virtual Run JPM 2023

PUTRAJAYA, 8 Ogos 2023 - Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023), Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Unit Sukan dan Hal Ehwal Islam JPM telah mengatur penganjuran beberapa program termasuk Virtual Run JPM 2023.
Virtual Run JPM 2023 ini merupakan aktiviti bagi mengajak seluruh warga JPM kekal aktif dengan melakukan aktiviti larian. Program ini membenarkan larian dengan jarak 6.6 kilometer dilakukan mengikut kesesuaian masa dan tempat peserta.
Program ini diharap mampu menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga JPM bagi meningkatkan prestasi organisasi selari dengan tema HKHM 2023 iaitu “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
Virtual Run JPM 2023 telah disempurnakan pelancarannya oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), JPM di pekarangan Kompleks Setia Perdana.
Turut hadir di pelancaran tersebut adalah YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, JPM; YBrs. Encik Jamil bin Mohd Dahalan, Ketua Unit Integriti, JPM serta warga JPM.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-09
  • Total visited pages: 644
  • Total visitors: 417
  • Average time: 00:09:32
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    973.620
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
107394