Majlis Penutup Anugerah Inovasi Angkatan Pertahanan Awam 2023
- : 158
KAJANG, 27 Julai 2023 - YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), hadir menyempurnakan Majlis Penutup Anugerah Inovasi Angkatan Pertahanan Awam 2023 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sungai Merab, Kajang.
Selaras dengan tema sambutan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam (AIPA23) Tahun 2023 iaitu "Inovasi Pemacu Malaysia MADANI", Datuk Seri Sollehuddin menekankan bahawa perkhidmatan awam harus mempunyai usaha proaktif dalam melihat dan mengkaji semula sistem penyampaian sektor perkhidmatan awam.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Sollehuddin turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah memenangi pelbagai kategori Anugerah Inovasi termasuk Anugerah Perdana JPM dan Anugerah Jabatan Paling Inovatif 2022 semasa Majlis Apresiasi Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.



