logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Tayangan Filem Dokumentari Bertajuk ‘Watch and Sharing: Dokumentari Kita’

PUTRAJAYA, 3 Ogos 2023 – Selaras dengan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 pada 16 Julai di Ipoh, Perak yang lalu, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai tanda sokongan kepada Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 termasuk tayangan filem dokumentari bertajuk ‘Watch and Sharing: Dokumentari Kita’.
Tayangan anjuran Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), JPM ini bertujuan mendedahkan warga JPM kepada realiti, nilai dan aspirasi rakyat Sabah serta menghayati kepelbagaian budaya Negeri di Bawah Bayu itu. Filem dokumentari ini berkisar tentang kehidupan sepuluh orang anak negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik dan cara hidup.
Turut hadir, YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas); YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM; YBhg. Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah & Sarawak, JPM; Ketua-ketua Jabatan/Agensi; Setiausaha-setiausaha Bahagian JPM serta warga Jabatan/Agensi di bawah JPM.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 101
  • Total visitors: 64
  • Average time: 00:07:23
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.044
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106583