Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) ke atas YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM (2)
- : 98
PUTRAJAYA, 23 Ogos 2023 - Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) ke atas YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM pada pagi ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8.
Datuk Seri TKSUK mengucapkan tahniah atas pelantikan YBhg. Datuk Nor Yahati sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang baharu.
Perbincangan menjurus kepada aspek pemerkasaan IIM sebagai institusi utama dalam membudayakan integriti dan meningkatkan kapasiti tadbir urus dan kompetensi sektor awam, GLC serta sektor korporat di Malaysia.


