Sinergi dan Keterangkuman Dalam Agenda Menoktahkan Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- : 191
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 - YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Pembasmian Miskin Tegar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bersama Ahli-ahli Parlimen.
Dalam mesyuarat ini, demografi golongan sasar dikenalpasti berdasarkan kawasan-kawasan Parlimen dan perbincangan turut memberi fokus kepada penetapan sasaran indeks prestasi utama (KPI) serta strategi-strategi pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara bersinergi antara Ahli-ahli Parlimen dengan Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan terlibat.
Perbincangan dihadiri oleh YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai; YB Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran, Ahli Parlimen Batu; YB Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang; YB Puan Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh; YB Tuan Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong; YB Tuan Ts. Zahir Bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan wakil-wakil Ahli Parlimen yang lain.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil-wakil Jabatan dan Agensi yang terlibat dalam agenda menoktahkan miskin tegar di Kuala Lumpur seperti Pejabat Perdana Menteri (PMO); Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri (JPM); Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM; Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP); Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).





