Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-70
- : 216
SHAH ALAM, 28 Ogos 2023 – Menjunjung kasih atas kesudian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-70 pada hari ini di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
MKI pada kali ini membincangkan isu dan cabaran pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam negara. Perkara ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan sebagaimana hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Turut hadir ialah YAB Perdana Menteri selaku Timbalan Pengerusi MKI, YB Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YAB Menteri Besar Negeri-negeri, Ketua Setiausaha Negara, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri serta tokoh-tokoh ulama dan umara dari seluruh negara.