logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Malam Anugerah MAKSAK (MAM) 2022

PUTRAJAYA, 29 Ogos 2023 - Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia telah menganjurkan Malam Anugerah MAKSAK (MAM) 2022 bertempat di MAKSAK Putra, Presint 14, Putrajaya pada 29 Ogos 2022 (Selasa) jam 8.00 malam.
Majlis ini merupakan tradisi tahunan dalam kalendar program MAKSAK Malaysia sebagai kemuncak kepada semua program dan aktiviti MAKSAK Malaysia yang telah diadakan pada tahun 2022.
Objektif utama MAM 2022 adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada 18 ahli Badan Gabungan MAKSAK Malaysia atas komitmen mereka menjayakan program MAKSAK sepanjang tahun 2022.
Selain itu, majlis ini turut meraikan kejayaan atlet-atlet Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan sepanjang tahun 2022 sama ada di Kejohanan peringkat MAKSAK Games, Kebangsaan atau Antarabangsa.
Majlis ini juga bertujuan merapatkan ikatan mesra di kalangan keluarga MAKSAK di samping sebagai tanda terima kasih kepada semua pihak yang menyokong program MAKSAK selama ini.
Terdapat 14 kategori anugerah dan penghargaan di antaranya Olahragawan, Olahragawati dan Juara Keseluruhan MAKSAK Games 2022.
Majlis ini turut dihadiri YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia; YBhg. Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai Kanan di Persekutuan dan Negeri serta para atlet dan pentadbir daripada 18 ahli Badan Gabungan MAKSAK Malaysia.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 212
  • Total visitors: 142
  • Average time: 00:11:21
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.118
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106588