Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo INTAN 2021
- : 2650
Khamis, 8 April 2021 - YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menghadiri Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo INTAN 2021 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
YBhg. Tan Sri Mohd. Khairul Adib bin Abd. Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan YBhg. Datuk Dr. Kamarudin Min, Ketua Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) turut hadir ke majlis tersebut yang telah berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini adalah anjuran INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



